Monday, June 4, 2007

Ucapan Lintas Langsung Sukan Tahunan

UCAPAN PEMBUKAAN :

Selamat datang hadirin dan hadirat sekalian ke Temasya Sukan Dwi Tahunan Sek. Keb. Tebok Jawa Kali ke 21 Tahun 2007. Kedatangan para hadirin dan hadirat sekalian amat kami alu-alukan bagi menambahkan seri Sambutan Temasya Sukan pada kali ini.

Marilah kita bersama-sama menumpukan perhatian ke tengah padang sekarang untuk berlangsungnya acara Lintas hormat daripada kontigen –kontigen yang mengambil bahagian pada Temasya sukan pada kali ini iaitu Kontigen rumah kuning, rumah biru, rumah merah dan kontigen dari pra sekolah.

Untuk itu, dijemput dengan segala hormatnya, Tn. Hj. Lasuan b. Hj. Hassan untuk mengiringi YB. Tuan Abdul Rahman b. Bakri , Adun Sungai Air Tawar untuk menerima tabik hormat. Majlis mempersilakan.

Kontigen Temasya sukan kali ini di dahului oleh rumah Kuning yang juga dikenali sebagai Zuhal yang diketuai oleh Nah Qashri b. Ahmad Nah Rodzi . Kontigen ini terdiri daripada 57 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga tahun 6.

Kontigen kedua ialah kontigen rumah Biru yang juga dikenali sebagai Neptune diketuai oleh Chairul Fahmi b. Saidun. Beliau membawa bersamanya kekuatan seramai 58 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 1 hingga tahun 6.

Segak bergaya diiringi Bunga Mangar dan dihiasi seramai 58 pelajar puteri dan puteri ialah kontigen rumah merah dan juga dikenali sebagai Marikh. Kontigen ini diketuai oleh Muhd. Rahmad b. Mohd. Rasid.

BACAAN IKRAR:

Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Matin Richardson b. Adri Richardon. Majlis mempersilakan.

BACAAN DOA:

Bagi memberkati Temasya Sukan kita pada pagi ini majlis menjemput En. Abdul Razak b. Bakri untuk memimpin bacaan Doa. Majlis mempersilakan.

UCAPAN PENGERUSI PELAKSANA:

Seterusnya majlis mempersilakan En. Saidun b. Abd. Samad Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Temasya Sukan kali ini untuk menyampaikan Ucapan. Majlis mempesilakan.

No comments: